Islam & Life : Experience of a UTP Student during Industrial Internship

taken from : http://secebiscoretan.blogspot.com/2011/01/ethylene-and-polyethylene-malaysia-sdn.html



Ethylene and Polyethylene Malaysia Sdn. Bhd; "Why I love it"

Bismillahirrahmanirrahim.
Rasanya hari ini sudah hampir sebulan ana berpraktikal di EPEMSB. Sukalah ana pada kali ini menceritakan pengalaman internship ana di sini. And Why I love being here... .
:-)

Pagi td, ana baru sahaja menghabiskan instrument presentation berkenaan Amine Treatment (The first step process in this plant) di hadapan Cik Din (Head Ethylene Technical Dept). 
Herm, rasanya terlepaslah beban sket dan barulah boleh aktif update blog ni. Hehe.

Semenjak hari pertama ana melangkahkan kaki di EPEMSB, memang x rasa asing lagi. Everywhere, semua orang bercakap bahasa Terengganu pekat. Haha. Termasuklah ketika orientasi, the pure one. Ana sendiri yang dah 21 tahun hidup di sini pun x faham sesetengahnya... . I really improve my "Loghat Tranung" well. 
(",)

Tetapi, ini bukanlah sebab utama ana gembira di sini... 
Ana gembira di sini kerana suasana Islami yang hidup subur di sini


Ketika hari pertama ana melangkah ke EPEMSB, papan tanda pertama yang ana jumpa adalah "Sudahkan Anda Sembahyang?". Ana teruskan perjalanan dan kemudian jumpa lagi papan tanda yang sama, "Sudahkan anda sembahyang?". 

Siapa boleh jangka, di sebuah syarikat bertaraf dunia di sini, papan tanda seperti ini menjadi kebiasaan. Gesaan mengerjakan sembahyang berada di tempat2 umum yang akan mengingatkan semua pekerja dan pelawat tentang gesaaan menjalankan perintah Allah.  

UTP pun x mampu buat mcm ni kot (",)



Teringat ana dialog Kak Ma ketika sedang briefing : "Herm, sekarang dah pukul 8.30pg, kami semua ada tazkirah pagi/dhuha sekarang ni. Adik2 tunggu di sini dulu dan buat perbincangan adik2. Nanti selepas tazkirah pagi PETCHEM dalam setengah jam, Kak Ma datang balik". Hebat, Tazkirah pagi bagi department!

Ana bertanya; "Kak Ma shj ke yg pergi?". Jawapan Kak Ma: "Tak, ini satu department pergi". Dan memang betul... . Satu pejabat kosong dan ditutup kerana kuliah dhuha!  Siap lampu pejabat pun ditutup (",)
Can you really find this atmosphere in any other company?
Kami meneruskan perjalanan untuk solat Zuhur di Surau EPEMSB. Herm, siapa sangka rupanya ada kuliah Zuhur dari Ustaz Zul (Ustaz yang hebat berjuang di medan sebenar). Keesokannya pula dr Ustaz yang berlainan dan sampai ke hari ini setiap hari mesti ada kuliah Zuhur di Surau EPEMSB. Dan kuliahnya bukan kuliah biasa, tetapi turut menyentuh soal perjuangan dan dakwah. Ya, setiap hari tazkirah dakwah dan pejuangan di sebuah company engineering bertaraf dunia... . Hebat!

Selepas orientasi, hari pertama ana menjejakkan kaki ke bilik-bilik seluruh EPEMSB untuk sesi suai kenal bersama staff. Suhanallah, setiap pintu di EPEMSB diletakkan kalimah "Bismillahirrahmanirrahim", "Assalamualaikum". Sesetengahnya dilengkapkan dengan doa. 




Apabila tepat jam pukul 8 pg pula, setiap hari akan ada bacaan doa yang dibacakan oleh staff EPEMSB. Doa ini adalah doa harian yang dibaca tanpa pernah miss.Dibacakan dengan speaker induk Company. Ini bermaksud seluruh EPEMSB termasuklah di kawasan plant akan mendengar dan mengaminkan doa ini setiap pagi. Subhanallah. Di sini ana quotekan doa2nya yang dibacakan setiap pagi dlm dwibahasa.... 


"Ya Allah, dengan limpah dan kurnia-Mu, kami mohon kurnia atas rahmat dan keredhaan-Mu dan keampunan-Mu atas apa2 jua yg kami lakukan. Ya Allah, kami mohon perlindungan serta pertolongan-Mu dr berlakunya sebarang bencana dan perkara yang tidak diingini. Ya Allah, kurniakanlah keselamatan dan lancarkanlah perjalanan operasi loji kami. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami semua kekuatan ke atas kebahagiaan di sisi-Mu dan bukalah pintu hati kami ke arah kesedaran, semoga kami menjadi warga kerja yang cemerlang. Ya Allah, jadikanlah mata pencarian kami berkat serta peliharakanlah isteri dan keluarga kami drpd berlakunya bala bencana"

"O Ya Allah, Please forgive our sins, please forgive the sins of our parents. Ya Allah, please forgive the sins of the whole ummah. Ya Allah, please bestow the safety of our plant. Ya Allah, we want to become the better people, royal to the nation and cooperation.... "
PETLIN; Di hadapan EPEMSB
Kekaguman ana kepada EPEMSB tidak terhenti di situ shj. Selang beberapa minit, terdengar pula bacaan doa drpd speaker utama PETLIN (di hadapan EPEMSB) dengan doa juga. Rupanya bukan di EPEMSB dan PETLIN shj, ramai lagi anak syarikat PETRONAS yang mengamalkan bacaan doa di setiap waktu pagi. Ya, di sini adanya warga berlainan agama dan profesional dunia dr negara yang berlainan tetapi PETRONAS berjaya melakukannya. Tahniah!


Bila ana dibawa berjumpa dengan staff2 sekali lagi kejutan berlaku. Ana berjumpa dengan Kak Fara, Kak Jihan dll. Mereka engineer, tetapi masih mempertahankan imej2 muslimat. Kak Jihan  (S/U kepada Head Technical), memakai jilbab labuh dan kurung besar. Kerjanya ligat, dengan imej muslimat yang hebat. Kak Fara pulak adalah pakar Hot Section EMSB tetapi mempertahankan imej Islam. Terlalu ramai untuk ana ceritakan semuanya... Namun stokin ibarat suatu kemestian bg pekerja wanita di sini terutamanya di department PETCEN. Semua memakai pakaian Muslimat tetapi melakukan kerja2 management dan engineering dengan sgt ligat. Bukti kehebatan Muslimat Islam. 

Sekadar suatu cerita, bila ana dtg awal ke pejabat dlm pukul 7.30 - 7.40 pg setiap hari ana akan nampak Kak Jihan sembahyang (Mungkin sunat Isyraq) dlm biliknya ketika suasana masih sunyi. Hebat2 :-)

Minggu pertama ana di EPEMSB, hari pertama ana bekerja telah ada ceramah umum yg dilakukan waktu bekerja. Maksudnya, mana2 pekerja boleh ke ceramah umum ini ketika waktu bekerja. Siap diberi lagi kupon RM5. Pergi ceramah waktu kerja. Siapa yang boleh expect hari pertama bekerja dpt g ceramah agama dan dpt duit free...? Ceramah ni pula turut dihadiri GM. Subhanallah!

Kemudian, disusuli dengan Kem Solat dlm syarikat induk EPEMSB anjuran BAKIP. Di sini ana jumpa abg Hakim (Presiden RMUTP 2008/2009) dan ramai senior2 Rakan Masjid yang datang mengendali bengkel solat kepada anak2 staf EPEMSB dan umumnya PETRONAS. Dalam bangunan induk ada kem solat untuk anak2 staf. Dan lebih menarik lagi, ianya diadakan ketika waktu bekerja! Tahniah kepada BAKIP dan senior2 RMUTP yang sanggup dtg dr Perak untuk jayakan event ni :-)

Hari pertama ana berjumpa dengan SV ana, Abg Usop. Ana memang agak segan. dan takut mulanya. Haha. Mana x nyer, tengok helmet dia shj dan takut kot. Ana difahamakan helmet dia shj harga lebih RM 2000. Huhu. X termasuk motor besarnya lagi. Takut betul kalu SV ana ni garang dan jenis kaki motor. Tetapi, last2 bercakap ana-enta dengan ana. (",) Sampai sekarang ana bercakap ana-enta bersama SV ana ni... . SV ana ni pulak, memng x payah ceritalah. Dia ni rupanya bekas ahli Rakan Masjid UTP dan pernah menjadi Project Manager ConvoFair. Dengan motornya yang besar dan telah berkeluarga, tetapi masih mempertahankan ana-enta, dan suasana Islamik. Dia selalu ada bila program2 dakwah dijalankan sekitar Kerteh dan Dungun. Subhanallah.

Event pertama yang ana laksanakan di sini adalah Farewell and Welcoming Dinner for Trainees in EPEMSB. Ana diamanahkan untuk mengetuai program ini dan ana sendiri yang mengendalikan event ni. Diaorg bg Presiden RMUTP handle. Confirmlah ana buat cara ana... . Ana sendiri menjadi MC (lama dah x jadi kot, hehe), ana penuhkan dengan tazkirah dan selitkan dengan ayat2 al-Qur'an dlm majlis. Ana pakai kepiah dll dalam dinner, and I really not feel strange. I feel happy and confident kerana suasana yg ana bawa boleh diterima oleh semua. Suasana Islamik bukanlah sesuatu yg pelik di EPEMSB.. . Cuba bayangkan kalu ana bawa pendekatan ini kepada dinner course di UTP. Mesti mcm2 yang keluar lepas dinner :-( 

Herm, ngantuk dah... (",) 











Aku bersyukur Ya Allah kerana kau berikanku kesempatan untuk belajar di sini dan berjumpa dengan mereka2 yang hebat mempertahankan agama-Mu. Aku juga bertambah yakin dengan jemaah Rakan Masjid yang kau anugerahkan kepadaku. Di sini aku dapat melihat betapa Rakan Masjid memberi sumbangan kepada masyarakat. Di mana sahaja program dakwah yang ku hadiri akan ada senior2 Rakan Masjid. Dengan bilangan yang sgt ramai.... Mereka membawa bersama anak2 dan keluarga untuk sama2 berjuang di sini

Perjuangan Rakan Masjid nampaknya diteruskan di mana2. Suasana Islamik di EPEMSB dan seluruh company PETRONAS memang banyak dibantu oleh mereka yang memahami fikrah Islam. Aku dapat melihat betapa mereka2 yang pernah menerima tarbiyah Rakan Masjid begitu hebat berjuang di sini. Teringat ana kepada cerita Abg Hakim bagaimana seorang trainee Rakan Masjid dpt mengubah suasana seluruh KLCC membaca al-Ma'tsurat. Kini, aku semakin mengerti enti kemanisan mutiara ini.... 

Barulah ana faham kenapa wakil KLCC menelefon Rakan Masjid dan meminta database Ahli AJK Rakan Masjid yang bakal bergraduasi untuk bekerja bersama PETRONAS pada tahun lepas... :-)



The author is the one on the most behind; on the center

2 comments:

Noratikah Shamsuddin said...

subhanallah..menarik! semoga antum thabat dlm perjuangan..amin

Anonymous said...

Subhanallah, rasa nak menitis air mata.. Sebak,terharu..syukur atas kurniaan yang Allah berikan..

Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk menegakkan Islam-Mu.. amin

Post a Comment